Tunku Laksamana DiRaja Johor, Tunku Jalil telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.11 malam bertarikh 5 Disember 2015 di Hospital Sultanah Aminah.
Untuk pengetahuan anda, Tunku Jalil telah menghidap penyakit kanser hati peringkat 4 sejak beberapa bulan yang lepas.
Jenazah Tunku Jalil dijangka dikebumikan selepas Zohor esok hari di makam diraja Mahmoodiah. Apa pun, kami mengucapkan jutaan takziah kepada seluruh kerabat diraja Sultan Johor dan mendoakan agar rohnya dirahmati Allah.
EmoticonEmoticon